Jumaat, 10 April 2009

Kejernihan Wajah, Tanda Kerendahan Hati


Assalamu'alaikum, pembuka bicara,
Kalimah Agung, tanda Kuasa-Nya,
Bagaimana mungkin ukhuwwah Islam terbina,
Jika bukan atas asas Ikhlas keranaNya.



Kehidupan ini satu perjalanan,
perjalanan yang jauh tiada berpenghujung,
Kita seringkali mengatur langkah dari sehari ke sehari, dari mula dapat berjalan, sehinggalah kita tidak berupaya lagi untuk meneruskan perjalanan.
Kemanakah sebenarnya arah langkah kaki ini akhirnya?
Adakah sekadar untuk hidup mengecap nikmat dunia yang sememangnya tidak pernah cukup? Adakah sekadar untuk bermewah-mewahan dengan kesenangan dunia yang tidak berpenghujung? Apakah tujuan kita sebenarnya berada di sini? Apabila melihat keadaan di sekeliling, menghayati kewujudan objek-objek di persekitaran, lantas diri ini berfikir, tiada 1perkara pun yang ada dalam dunia ini yang dicipta tanpa kegunaannya, hatta batu pun ada kegunaannya. Bukankah kita lebih istimewa jika dibandingkan dengan segala yang ada di dunia ini? Setiap manusia mempunyai akal fikiran untuk membuat penilaian yang baik, diteguhkan penilaian aqal tersebut dengan hati yang penuh dengan benih keimanan. Ternyata sudah hidup ini bukanlah satu titian perjalanan yang sia-sia, ada kebijakan, hikmah dan manfaat yang tersembunyi. Membelek-belek tafsir di meja, membaca kalimah suci ayatullah Yang Bijaksana, menghayati setiap qalam Allah Yang Maha Memelihara, lalu indra ini terlihat pada satu ayat yang mengatakan bahawa "Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan dari sebahagian manusia bagi melaksanakan yang MA'RUF dan membanteras segala keMUNGKARan, dan beriman kepada ALLAH". Jantung ini mencetuskan debaran yang kuat didada, seolah-olah mengerti akan tuntutan, arahan dan amanah yang dipertanggungjawabkan ini. Bagaimana mungkin seorang yang mengaku Allah sebagai Tuhan, Rasulullah sebagai Ikutan, Al-Quran sebagai panduan untuk menidakkan akan arahan dari Tuhan yang mengurus segala yang berlaku di semesta ini?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan